ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Thursday 10 December 2015

Najis Menjadi Gelap Sewaktu Hamil

Assalammualaikum

Semenjak preggy ni kite perasan kenapa najis kite lebih gelap dari sebelum kite preggy. Sejak bulan ke berapa preggy kite tak ingat, tapi situasi ini menyebabkan kite berasa risau, takut ada yang tidak kena dengan kehamilan kite.

Kite tanya husband, husband pun dengan segera google menggunakan kata kunci yang pelik pelik. "Kenapa t**k menjadi hitam? "Kenapa t**k bertukar hitam. Dan jawapan yang diterima hasil dari pembacaan semua yang mengarut.

Disebabkan ketidakpuasan hati dengan jawapan yang diberikan, kite pun terus whatsapp member group kite yang mana salah seorang daripada mereka adalah nurse dan majority ahli member group kite tu pun sudah menjadi ibu. Mungkin mereka ada experience dengan situasi yang kite alami ini.

After text diorang, dapatlah jawapan daripada nurse sorang ni. Katanya mungkin di sebabkan pengambilan ferrous femorate yang di bekalkan oleh kk mahupun hospital. Mana kit adapat Ferous Femorate ni? Ferous femorate adalah sejenis besi yang terkandung di dalam vitamin Obimin. Obimin ini berfungsi untuk menambahkan hemoglobin sel darah merah di dalam badan ibu yang mengandung.



Ini adalah penjelasan hasil daripada usaha ke-google-an kite. Kite dapat daripada LoveIsSharing Blog.
 
Bagaimana obimin bertukar menjadi hitam?
Ia berlaku apabila ibu mengambil obimin lebihan serapan tidak serap dalam tubuh ini akan mengeluarkan sisa najis bertukar warna hitam. Memberikan makna bahawa tubuh anda bertindak dengan berkesan dengan ubat obimin.
Adakah najis hitam semasa hamil membahayakan kesihatan ibu mengandung?
Tidak ia adalah normal. Jika pengambilan anda seperti sarankan doktor makan sehari sebiji maka najis anda akan tetap berwarna hitam. Sekiranya anda kurang mengambilnya maka najis anda akan beransur-anur kurang hitam tetapi akan bertukar warna cokelat semula.
 
Apa yang di berikan oleh doktor anda mahupun jururawat klinik kesihatan anda maka makanlah janganlah cuba abaikan ia untuk kebaikan janin, fetus..bayi dalam kandungan anda juga. Bersyukurlah sekiranya anda antara insan yang terpilih untuk hamil jagalah ia sebaiknya seperti anda sayangkan nyawa anda sendiri kerana dia berhak mendapat apa yang anda dapat sama seperti semasa ibu anda mengandung dan melahirkan anda.
 
Bagi yang mengalami masalah yang serupa rasa lega bukan setelah mendapat jawapan permasalahan kita? Hi.hi so no more worries after this, okay.

-x0xo-

8 comments:

Ct DJa said...

Kita pun sama. Sbb amek folic acid brand apa ntah, dia ada mcm2 vitamin lg dlm tu. So bila baca yg badan kita ada ckup nutrisi tu lebihan di buang rasa lega sikit. Hehe. Harap2 baby sihat. Sekarang dah start consume calsium pulak sbb xsuka susu sgt. Hehe.

Unknown said...

Lega sgt rsenye.. Igt dh nk mati td.. Kiki.. Btw,tq for sharing.. 😁

Unknown said...

fuhh lega dpt jwapn yg logik..ketaq abis kaki tgn td lps tgk najis jadi hitam..dlm hati ape kena ngn aku ni.. ya allah..rupa nye kesan dri ubat..alhmdulillah.. syukur..

Unknown said...

Lega dpt jwapan..trpingga2 tgk ttba htam yang amat..😂😂

Unknown said...

Alhamdulillah..finally dpt jawapannya..risau gak..rupanya normal

Unknown said...

Alhamdulillah..finally dpt jawapannya..risau gak..rupanya normal

Unknown said...

Ea la ingtkn nak mati najis hitam..alhmdulillah mekasih sis bagi jawapan..lega sikit..

Syuhada Suffian said...

Fuhhh lega! Sy risau kot ade ape2 jd ke kt janin. Sumpah risau gle smpai xleh tido. Nak cepat2 pagi, nk g klinik cek. Dktor pon ckp td sbab lebihan pngambilan vitamin n folic acid. Syukur alhamdulillah xde ape.. 😅

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...