ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Thursday 14 August 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


Assalammualaikum.

Masih belum terlambat kan kite nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga dalam kita bergembira menyambut raya, hendaklah kita sentiasa bersederhana. Bukan  apa, mengenangkan nasib orang yang susah. Setiap orang nasib lain lain kan. Tambah lagi terkenang kan saudara saudara kita di Palestin terutamanya. Kita di Malaysia malam raya je di banjiri dengan dentuman mercun tapi di sana di banjiri dengan butir butir peluru. Kalau setakat mercun kecik kecik tak apalah kalau nak main tapi ini sampai berdentum gegar bumbung bumbung rumah.

Tahun ni, ada kelainan sedikit dalam menyambut Aidilfitri berbanding 25 tahun yang lepas. Al maklumlah tahun pertama beraya bersama hashben dan family in law. Serius kite cakap kite cuak. Sebulan sebelum raya tiba lagi kite dah fikir macam mana ye kite nak handle keadaan beraya nanti. Sebabnya, family in law ni ramai sangat sedara berbanding dengan kite. Kite ni mak ayah masing masing ada 3 orang adik beradik aje. Pak Long, Pak Ngah dan Paksu. Itu aje panggilan yang ada. Tapi sebelah in law mak abah ada 6 orang adik beradik, so panggilan pun pelbagai. Kadang kadang confius, dan muka pun lebih kurang.

Raya ni, rasa terlebih la sayu tu, sebab sebelum ni kalau sayu bersalaman pun setakat sayu dengan mama abah dan adik beradik. Kali ni extra sayu dengan suami. Iyolah den kan banyak sangat merajuk dengan suami.

Mungkin tidak menjadi masalah bagi suami isteri yang mempunyai kampung halaman yang berdekatan. Yang tak sampai setengah jam dah sampai kampung halaman masing masing. So tak adalah isu balik rumah sapa dahulu. Macam tahun ni, rumah mama abah raya pertama abang dan bencik balik rumah mertua. Dan wajib yang ada adik sebab dia belum kawen. Ngah, dia punya perancangan masih lagi samar samar samada balik rumah mama abah atau balik in law dia sebab dia suka buat surprise. Rancang dengan hashben raya pertama di kampung hashben, tetapi di sebabkan kakitangan di rumah mama abah tak ramai untuk prepare juadah raya, maka kite decide malam raya tu kite balik sekejap tolong mama. Habis lengkap semua, balik semula ke bakar kapor. Tapi hashben cakap, tak pelah kita beraya ajelah rumah mama abah dulu. Petang sikit kita balik rumah bakar kapor.


Disebabkan tahun ini, tak ramai family members yang berkumpul bersama, makanya tak banyak sangat gambar yang dapat di tangkap. Tangkap gambar sendiri sendiri sahaja.


Ini pula gambar ketika dalam perjalanan balik ke Bakar Kapor. Nak juga tangkap gambar berdua sebab tahu nanti di kampung hashben, hashben malu ckit nak bergambar berdua duaan. Malu orang tengok. Hu.Hu

Bersyukur saya dapat awak sebagai suami.



































Gambar pertama kali bergambar bersama seluruh ahli keluarga belah suami.


























Keluarga di sebelah hashben saling tak tumpah sama dengan keluarga kite. Dari segi bilangan adik beradik sama, jantina 4 lelaki 1 perempuan pun sama, bilangan anak sedara pun sama malah umur antara adik beradik hashben dengan adik beradik kite pun ada yang sama. Senang kata serasi bersamalah dengan hashben ni.

Selepas sesi bergambar, ini amalan yang first time kite buat selepas berkahwin. Amalan menziarahi dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Sebab tak biasa kan ziarah ziarah ni so terasa sedikit malu tak tahu nak bawa diri macam mana.

Ini baru kat kawasan jiran, belum masuk lagi menziarahi sanak saudara diorang. Ha.Ha gua memang kecut perut der. Tapi ape ape pun kite dah bagi sebaik mungkin cara kite melayan saudara. Kalau ada yang terkurang maaflah sebab kite ni bukan jenis keluarga besar, memang tak reti nak bergaul dengan orang ramai.

Itu sahajalah mengenai cerita raya pertama kite. Kesimpulannya, kite bersyukur Allah masih lagi panjangkan usia kite untuk memberi peluang kite merasai suasana beraya bersama suami dana keluarganya. Merasai kali pertama menyediakan baju raya suami, butang songkok serta iron baju suami dan paling syahdu dapat bersalam salaman memohon maaf dengan suami. Alhamdulillah.

Harap tahun dengan ada pengalaman yang lebih manis pula, mungkin beraya bertiga. Hi.Hi. Kalau ada rezeki.



-x0xo-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...