ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Tuesday 1 April 2014

Our First Trip After Married



Assalammualaikum.

Memang sebelum berkahwin lagi berhasrat untuk ke matrikulasi changlun, tempat di mana kite belajar lapan tahun yang lepas.
Rindu yang amat akan suasana sekeliling matrikulasi. Pemandangannya. Situasinya. Almaklumlah tempat penemuan kite dengan ashben kite dahulu. Tempat di mana hari pertama kite jatuh hati dengan dia. Miaha.ha memang tak malu langsung. Ni yang dinamakan timba carik perigi.

Lepas kenduri rumah sheben ari ahad tu, hari rabu baru kitaorang bertolak ke sana. Sebab hari rabu satu satunya hari di mana ada pasar malam di changlun. We used to call it PMC - pasar malam changlun. Rugilah kalau pergi sana, tak dapat memenuhi tempat tempat yang kebiasaannya kitaorang pergi seketika dahulu.

Perasaan ketika itu memang berbunga bunga tak terkata walaupun ramai yang pertikaikan ada apa kat changlun tu? Hulu negara. Ashben pun pada awalnya ketawa sebab dalam banyak banyak tempat changlun juga berada dalam carta hati. Tapi dah disebebkan dari awal awal perkahwinan itu yang disebut sebut dan di minta minta, ashben pun akur. Terima kasih baby!

Sampai di sana, menginap semalam di T hotel. Nak banyak banyak malam bukan ada apa pun kat changlun. Tak kan nak hari hari masuk kolej. Iya tak? Baik daftar masuk belajar terus dalam tu. Ha.Ha.


Condition T Hotel ni selesa dan cukup romantik untuk couple yang baru kawen.  Ahem . .  ahem.  Baha.ha. Cuma satu aje spoil which is one out of four pillows is smelly. T-Hotel ni ada dua bangunan yang mana satu bangunan lama dan satu bangunan baru. Yang bangunan lama tu tak adalah nampak usang bebenar cuma fitrah manusia bila dah kata 'baru' tu lebih cantik lebih fresh dan lebih modern dari yang lama. So we decided to pick the new building with extra charges.

Dah check in hotel, berehat sebentar sambil kacau ashben apa yang patut then sama sama menunaikan solat zohor serta asar. Plan untuk meninjau sekeliling matrik akan dilakukan setelah habis solat asar bersama sebab waktu itu yang difikirkan sesuai untuk melawat. Rata rata jadual kelas tamat pada pukul 5 petang.


we're are ready to have an outdoor xtvt.


Sampai je depan pintu kolej, rasa cuak sebabnya bila di amati papan tanda 'Waktu Melawat' hanya pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Gulrpp. Pak cik guard . . .  jauh ni saya datang semata mata nak melawat kawasan. Memang tergamam seketika kitaorang berdua nak bagi alasan apa untuk masuk ke dalam. Ashben cakap 'sayang gi la jumpa pak guard baik baik bagitahu nak jumpa adik'. Mana boleh! Dah nama pun melawat hanya dibenarkan pada hari Rabu.

Dalam kitaorang duk memikirkan alasan yang nak diberikan, lalu sebuah dua kereta masuk ke dalam kolej. By! macam senang je kereta tu masuk, tak disapa dek pak guard pun. Ok, kitaorang pun memberanikan diri dan sekiranya pak guard persoalkan, jawab je nak jumpa saudara iaitu lecturer. Ha.ha. Dalam masa kereta sedang menjengah masuk ke dalam berdoalah kite moga moga dipermudahkan. Ya Allah, lepaskanlah kami. Untuk sekian kalinya.

Alhamdulillah lepas!

Seperti anak yang terlepas dari pelukan ibunya, kitaorang laju ke hadapan tidak bersabar untuk melihat di dalam kawasan. Ramai student student yang beriadah dan memerhatikan kelibat kitaorang. 

padang kolej matrikulasi kedah.


Kemudian pusing ke asrama yang seringkali abah dan mama tinggalkan kite di situ. Kebanyakkan gambar kite ajelah sebab ashben segan nak keluar dari kereta dan pose untuk bergambar. Sebabnya ramai sangat budak budak berkeliaran beriadah.






Rasa rasa dah dua kali tawaf kolej dan tak tahu nak ke mana cukuplah kita keluar dan balik ke hotel sebab malam nanti nak singgah ke PMC.

Tapi sebelum tu, nah gambar depan Kolej Matrikulasi Changlun. Tak tahu bila lagi dapat datang ke sini. Moga moga panjang umur kita bersua kembali.


Aktiviti di malam hari pula adalah melawat PMC. Ingat bila dah namanya pasar malam, lagi malam lagi meriah dan lagi banyak gerai gerai yang dibuka. Tidak awal dan tidak lewat dalam pukul 9 tu kitaorang pun keluar dari hotel. Sampai sana je tergamam sebab banyak gerai yang dah nak kemas kemas untuk tutup. Makanan yang terhidang pula sudah tidak banyak pilihan. Awalnya tutup. Mungkin sebab pasar malam ni hanya target budak budak matrik dan mereka ini waktu terakhir di benarkan berada di luar sehingga pukul 7 (kalau tak silap). Dah tak ramai customers sebab tu mereka terpaksa tutup awal. Mungkin.

Tak sempat nak membeli nasi kerabu kegemaran yang sering diberi setiap minggu waktu belajar dulu. Balik dari PMC berbekalkan nasi tomato, kaya ball dan coconut shake kitaorang pun menuju ke hotel. Sampai bilik suapkan ashben nasi tomato kemudian sama sama tidur kepenatan. Yang bestnya pukul 10 malam dah penat. Ashben yang jarang tidur awal ni pun terasa mengantuk yang amat. Sampai masing masing terkejut kejut masa tidur tu. Dan kite pun banyak kali mimpi benda buruk dan bukan setakat itu sahaja siap mamai lagi. "Dah pukul berapa ni adik" terkeluar dari mulut waktu sedang tidur. Besok pagi ashben bagi tahu bilik tu tak berapa elok. Baha.ha. patutla.


Sebelum balik kita bergambar dulu ye, by.


Lepas checkout hotel dan sebelum balik ke Sungai Petani, kitaorang singgah Cmart dulu. Tengok apa yang ada apa yang berubah dalam complex tu. Rupanya sama sahaja dulu dan kini susun atur keadaan. Masa pergi tu ada sale jenama Louis. Ashben pilih kasut biru dan kite pun ingat nak carik kasut bertutup warna biru juga bagi sedondon. Hurmmm size pula dah sold out. Tapi tak pe, nasib baik tak beli sebab rasa boleh carik yang lebih cantik lagi dari yang ada. Biarkan ashben beli dulu kasut yang dia minati.


-x0xo-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...