ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Monday 21 April 2014

A Trip To Penang


Alhamdulillah
hari ini genap sebulan menjadi isteri kepada Saiful Adli
Syukur Ya Allah Engkau berikan kesabaran hati, ketabahan kepada kami untuk mengharungi kehidupan secara jarak jauh ini.

Masih panjang lagi liku liku perjalanan sebagai suami isteri dan terlalu banyak lagi masalah yang bakal di hadapi. Apa yang ku pinta Ya Rabbi, berikan kelembutan kepada kami untuk kami handle masalah tersebut.

Weekend lepas (ala rasa macam lama pula weekend lepas) 2 hari lepas, Sabtu dan Ahad baru baru ini kitaorang gi Penang
Second trip after get married. First trip HERE
Konon konon sebagai menyambut hari ulang tahun perkahwinan lah, celebrate jauh ckit.
Tambah tambah pula dah dua minggu tak jumpa hashben, so as a treat lah.

Bagitahu hashben, sepanjang by tak de sayang buat ni buat tu. sayang melawat mak , tolong mak, ambil anak anak sedara dari sekolah.
So as a reward nak kasi apa. Ha.Ha.
Setiap kali buat something mesti tanya reward. He.He Sebenarnya tak di galakkan reward reward tu tapi saje jeee . . . Kasi semangat sebab kite kan duduk sorang sorang tanpa hashben. Kira bila dapat reward sebagai pembakar semangat lah untuk lebih rajin buat something without hashben by my side.

Sedang duk minta minta reward, saje search hotel sekitar Pulau Pinang.
Terjumpa lah hotel ini.

google resource

google resource
Macam best saje untuk stay sini, boleh rehatkan badan dan minda.
Tengok apa yang hotel ini tawarkan menarik perhatian. Ada pool, berhadapan dengan pantai, ada performance band pada waktu malam di cafe, bilik yang luas siap ada balcony, berdekatan dengan night market, ada bath tub (Ha.Ha) etc.
Try propose pada hashben nak tengok dia kata ape and he replied YES and as a reward for u.
Baby thank you!

Di sebabkan Sabtu kerja half day, after office hour and had lunch di luar bersama dengan family hashben kitaorang pun ikut haluan masing masing. Risau juga nak menuju ke Penang ni sebab both of us kurang familiar with jalan jalan di Penang ni. Nasib hashben memang ada waze apps dalam handphone, kira hundred percent berpandukan apa yang perempuan dalam phone tu katakan. Kalau dia tipu, memang nak kena!

Alhamdulillah berkat kesabaran selama satu jam setengah sampailah kitaorang di hadapan laut Miami. Boleh tahan juga jalan menunju ke Batu Feringgi ni berpusing pusing seperti di Cameron Highland dan nasib baik tidak pening dan mual. Kalau tak spoil lah holiday kitaorang nanti sebab mabuk.


Jalan nak masuk ke hotel ni agak ke dalam sedikit dan menyebabkan public kurang perasan akan kedudukan hotel. Kena betul betul perhati. Disebabkan kite dah buat sedikit research berkaitan hotel ini, kite pun jadi begitu teliti untuk melihat satu demi satu hotel yang kite pass by. Hotel ini berada sedikit di atas bukit.

Setelah check in dan bayar deposit rm100, kitaorang diberikan pass untuk masuk bilik beserta dengan voucher breakfast. Aras 4 bilik kitaorang, tak adalah tinggi benar dok?



Ini gambar ketika nak checkout, yang nak highlight adalah juntaian daun tu sebenarnya.

Daripada lobby awak akan nampak juntaian pokok yang jatuh dari setiap aras. Sangat cantik.

Bilik pun luas. Rasanya boleh muat satu lagi queen bed. Bagi yang bawa anak tu memang selesa lah untuk mereka berlari ke sana ke sini.


Bilik dilengkapi fridge, tv beserta dengan siaran ye (hi.hi), almari and hangers, peti besi untuk simpan barang beharga pun hadoo, bath tub, shower, balcony, hair dryer. Ah saling tak tumpah seperti berada di rumah lah senang cerita.

 Ini pemandangan dari balcony bilik kitaorang. Depan tu pantai Miami dan bawah adalah pool.


Di sana kami tak banyak aktiviti pun yang dilakukan, banyak masa hanya di bilik. Rasa rugi kalau banyak di luar hotel dari di dalam.

Hari pertama di sana lepas check in bilik dan tunggu hingga redup dalam pukul 6 macam tu kitaorang ke pantai berhadapan dengan hotel. Hanya berjalan kaki dan cross jalan through the bridge sahaja tak perlu susah susah nak start enjin kereta dan cari parking.


Bahagian pantai ni tak de pun orang yang mandi. Mungkin kawasan ini tak sesuai kot untuk bermandi manda yang ada cuma duduk duduk atas batu sambil rendam kaki dan ada juga satu family bermain sand castle.


Dah puas bergambar tepi pantai kitaorang singgah mini kedai sebab hashben nak belikan ice krim sebelum teruskan perjalanan pulang ke hotel.

Sementara nak tunggu habiskan ice-krim kitaorang duduk tepi pool tengok orang orang bermandi di situ. Haishh kalau hashben kata jom mandi, kite dah terjun dalam pool ni ha. Lama kot tak mandi pool. Tapi di sebabkan hashben tak de mood nak mandi ni, tak kan den je beriya nak masuk kolam. Habis nak main dengan sapa sorang sorang dalam pool tu. Hu.Hu

So, kita layan bergambar ajelah.


Hari kedua hari kitaorang checkout. Pagi tu sebelum voucher breakfast expired pukul 10 pagi kitaorang turun untuk menjamu selera. Cafe dia cantik dan luas. Bersebelahan dengan pool. Makanan pun banyak juga pilihan.

Ini first hidangan makanan kite. Nasi lemak dan rasanya pun sangat sedap. Just nice dan boleh diterima dek tekak. Teringin nak ambil porridge, tapi disebabkan tangan full pegang pinggan, so tak jadi ambil. Nasib baik dapat suami yang jenis suka makan. Satu satu makanan hashben ambil dan share dengan kite. Sempat juga merasa bubur.


Bergambar di lobby. Sangat luas dan di sini pun terdapat stage untuk mana mana band buat performance. Malam even tak turun bawah pun dapat mendengar lagu lagu yang diperdendangkan dari balcony bilik. Sedap dan sangat romantik. Lepas jugalah satu dua step kitaorang buat balley dalam bilik. Ha.Ha


























After checkout dari hotel, we planned to visit street art as this is one of the demand places tourist wanna go.

before check out, hashben make a last check to make sure we dont leave our belonging.
One of the graphics that we did capture.


































Rasa macam malas pula nak type panjang panjang, rasa tak larat nak fikir mahu terus publish terus entry. Sebelum balik rumah, kitaorang singgah padang kota dan queens bay. Tapi disebabkan queens bay ramai betul tapi jadi kitaorang tak masuk. Hanya membazirkan duit RM2 bayar parking dari membazir masa que cari parking.

Husband, thanks for the great weekend and terima kasih for being a great husband for this 1 month. Such nothing i could ask more from you because u have give me all your best. I cant find any weakness from you. Now i know without u i'm nothing im plain. With you im alive im revive. I love u baby to the moon and back and i wanna kiss u hug u and kiss u back and hug u back for repeated times.


-x0xo-

1 comment:

Ct DJa said...

hihihihi best kan kawen?? kalaulah kita tau kawen tu best mcm nie dr skolah rendah dah kumpul duit awal2, abes degree terus kawen. hahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...