ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Thursday 31 October 2013

DIY : Tagging and Frame Wording


Assalammualaikum dan salam satu malaysia.
Deh!
Tinggal lagi 2 hari sebelum majlis pertunangan tiba. Perasaan? Tak usah cakap la gua gementar der, seram sejuk di buatnya. Bukan berdebar apa, cuma segan bila orang orang datang menjengah bilik melihat sang puteri tersipu malu sambil membuat aksi menggoda. Ha.ha.ha

Ouh ya, entry DIY lagi kali ni. Rasa seronok semacam pula bila dapat buat entry DIY banyak banyak.

Alhamdulillah kite dah selesai dengan design bagi tagging souvenir dan save the date wording. Pada mulanya memang seronok sangat mencari design design yang menarik dan sesuai untuk majlis sehinggakan walaubagaimana pun tidak semua boleh di ambil. Sampai rambang mata tidak tahu yang mana satu mahu pilih. Sebulan juga la kite mengoogle benda alah ini tambah tambah bila kita search using "english style". Bersepah sepah template yang cute mute sedia untuk di pilih. Kreatif betul mat mat dan minah saleh ni.

Itu belum lagi kalau buat candy booth memang lagi menggila la kite dibuatnya sebab lagi banyak design yang boleh kite pilih dan tulis contoh nya macam ini "your candy crush", "please take one" selain itu boleh juga letak flag word. Meriah bukan?

Berikut adalah design design yang menarik perhatian kite. Design ini adalah untuk wording dalam frame.


 ini asalnya nak letak dalam frame besar menggantikan frame graduation hari kite mendapat scroll. Tapi tidak dibenarkan oleh mama sebab terlalu besar dan segan bila di nampak oleh orang.


 yang ini cantik dengan daun daun yang menjalar kembang harum mewangi di selitkan lagi dengan kehadiran sepasang burung merpati, tetapi apakan daya tulisan kurang menarik dan lagi pula position nak menulis ayat kurang sesuai.


  yang ni cute tapi gambar binatang tak comel malah tak dapat mengenal pasti binatang apakah itu. Adakah itu deer atau kancil atau musang? Perasan tak perkataan S and S ? word S tu kalau sekali pandang macam kerawang kerawang aje kan. Disebabkan tak dipilih kite jadikan sebagai wall paper phone saja.

At last setelah membuat segala jenis pertimbangan, ini pilihan hati baldu (velvet heart) kite.




Save the word tu tersilap sedikit measurement sebab kite pergi ikut measurement lain. Bila masuk dalam frame terlindung sedikit bahagian bunga di atas tapi Barakallah tu masih boleh kelihatan.

Yang tagging souvenir tu pula kite rancang lepas kotak hantaran di ikat dengan ribbon kite nak letak tagging pada kotak tersebut. Tak sabar nak gunting tagging tu nanti sebab ia nampak comel di mata dan kasih sayang di hati. Ha.ha.ha. Awak, bila dapat tagging ni nanti jangan dibuang ye, simpan buat kenangan.

Sampai sini sahaja entry kite dah tak tahu nak karang apa lagi. Tengah berfikir nak buat DIY apa lagi sebab bukan selalu kite nak berkarya macam ini. Nanti dah rindu moment moment like this. Adik perempuan pun tak de if nak deco kan majlis dia. Harapkan majlis sendiri hajo lah yo.


-x0xo-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...