ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Wednesday 22 May 2013

Madinah Al Munawwarah Part II



Assalammualaikum.
Kita sambung cerita Madinah Al Munawwarah Part I
Selain daripada ulang alik ke Masjid Nabawi, para jemaah turut dibawa lawatan ke beberapa
tempat. Antaranya adalah kebun kurma. Kitaorang pergi secara berkumpulan mengikut kumpulan yang ditetapkan. MD 1 dan MD 2. kitaorang MD 1. MD 1, satu bus dan MD 2 another satu bus.




Itu pokok kurma, tahu. Mula mula tengok dah tahu pokok kurma walaupun saling tak tumpah
seperti pokok kelapa sawit di Jeniang. Sebabnya di Malaysia lagi mama dah cerita pokok kurma
tu macam pokok kelapa sawit. hu.hu.hu

Di kebun kurma ni macam macam jenis kurma ada. Dan katanya murah. Entahla kite pun tak sempat nak survey banding harga di tempat tempat lain. Kitaorang tak beli pun. Hanya beli buah apentah yang dipesan oleh jiran. Sebab ape tahu tak beli? Sebabnya u boleh makan seberapa banyak buah kurma di situ tapi kena mnta permission dulu la before makan. Kena cakap "halal?halal?" Kalau dia cakap
halal, baru u ambil makan. So mama banyak memainkan peranan. Kitaorang segan segan nak ambil
dan bertanya. Kite and adik banyak pusing then bila terserempak ngan mama, mama hulurkan kurma.
"Nah makan kurma". Pastu kitaorang pun gelak gelak.

Selepas kebun kurma, kitaorang di bawa ke Jabal Uhud. Jabal Uhud ni tempat di mana berlakunya perang Uhud di antara tentera islam dan tentera musyrikin. Peperangan ini telah mengorbankn seramai 70 org tentera islam. Sepanjang perjalanan ke tempat tersebut kitaorang semua di pertontonkan kisah kisah peperangan pada zaman Nabi Muhammad. Sangat sayu dan sedih mengenangkan perjuangan, pengorbanan serta kesabaran yang Nabi lalui. Bagaimana beliau dikecam, dihina, diugut nyawa sepanjang beliau menyebarkan ajaran Islam. 

Selama ini kite hanya mendengar, membaca kisah kisah Nabi melalui guru guru dan media cetak. Tapi kali ini kite sendiri barada di Tanah Nabi Muhammad di lahirkan, dibesarkan dan berjuang dalam memperkembangkan ajaran Islam. Terasa begitu dekat sangat dengan beliau.












Kami bertiga sahaja turun memandangkan abah sakit kepala. Hah, lupa spek yang adik pakai tu berjaya memukau pak Arab di sana sebabnya spek mata jenis warna warna macam tu mereka belum up to date lagi. Everytime berjalan, adik berjaya membuatkan orang keliling melihat kehebatannya. =.=''


So inilah peta (bukan perkataan peta yang paling baik digunakan) yang menunjukkan di mana perang berlaku.

Kemudian, kami semua di bawa ke kilang di mana Al-Quran dicetak. Muslimat tidak dibenarkan
untuk memasuki kilang ini bagi memelihara kesucian Al-Quran. Yelah, takut-takut perempuan
berada di dalam kekotoran. Setiap muslimin yang masuk dikehendaki membayar 10 riyal dan sebuah
Al-Quran di hadiahkan bagi setiap orang. Adik dan abah got it respectively.





Malam macam biasa aktiviti bebas. Selepas solat maghrib selalunya kami iktikaf di masjid kerana
jarak waktu antara Maghrib dan Isyak sekejap. Eh lupa nak nyatakan setiap ibadat yang kita lakukan
di dalam Masjid Nabawi adalah bersamaan dengan 50,000 pahala manakala di Masjidil Haram adalah 100,000. Sebabtu dalam masjid ramai yang bersedekah kepada cleaner, membaca Quran, solat sunat,
dan ada juga yang bawa botol besar berisi air zam zam dan gelas lalu berkata 'air. . air' tapi dalam
bahasa mereka untuk diberi minum kepada jemaah. Ada juga yang membawa makanan seperti coklat dan kurma dan mempelawa para jemaah untuk makan. 

Bila dipelawa kepada kite, serba salah nak ambil sebabnya sekejap lagi nak solat isyak. Takut ada sisa
sisa makanan di dalam mulut. Nak keluar untuk kumur, fuh belakang beratus ratus orang nak menghadap. Yang tunggu peluang untuk carik tempat kosong pun ada. Tapi bila dipelawa tu kite still 
la ambil, takut kecil hati mereka kemudian simpan dalam beg. Balik hotel baru makan.

Dekat Mekah, rasanya 7 pasang socks kite and mama dapat dari Mak cik Arab yang sama. Dia solat sebelah kitaorang. Then dah habis solat, dia kasi sorang sepasang sock. Kemudian keluar lagi sepasang bagi dekat mama, so mama dapat dua. Datang pula anak lelaki dia untuk ambil Mak cik Arab ni dan menyuruh mak dia bagi semua sock dalam beg tu pada kami. 7 pasang! =.=''

Abah, jangan ditoleh toleh belakang lagi. Tetapkan pendirian melangkah menuju kehadapan.

Lepas kitaorang selesai Isyak, melangkah balik ke hotel untuk makan malam. Sepanjang perjalanan,
berderet kedai menjual pelbagai barang. Nak pergi masjid cuci mata nak pulang pun cuci mata.

Makanan yang disajikan oleh agensi adalah makanan ala Indonesia. Dua tiga hari boleh la terima dan makan dengan lajunya. Masuk hari keempat rasa lain sikit. Dah tak lalu. Makan pun sikit aje. Tapi nasib baik adik ni selaluuuuu lah sangat pergi beli kebab beli burger beli nasi mandy so selamat la sikit. Eh bukan, selamat banyak.


Hari terakhir berada di Masjid Nabawi. Ucapkan selamat tinggal kepada Nabi Muhammad saw. Syahdu sangat. Semoga kami semua para muslimin muslimat di dunia ini berpeluang untuk menziarahi makamMu wahai Nabi.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...