ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Tuesday 23 October 2012

Berpuasa pada 9 Zulhijrah




Dua hari lepas ikut mama abah pergi masjid. selalunya ana mama lebih gemar pergi
selepas solat maghrib dan abah awal lagi bersolat maghrib di sana. ana seronok pergi
masjid sebabnya selain daripada berada di taman taman syurga ana boleh tengok
abah di barisan hadapan.

seronok tengok gelagat abah bila belajar. kalau abah pusing blakang
tengok ana, mesti dia buat muka. muka comel. ha.ha.ha.

ape yang kitaorang belajar adalah mengenai makna bagi ayat Al-Quran. tak berani
ana nak huraikan dalam ini takut takut tersilap faham nanti.

tapi ape yang ana nak sampaikan adalah 25 October ni iaitu bersamaan dengan 9 Zulhijjah
sehari sebelum kita raya Haji kita di galakkan untuk berpuasa. 9 Zulhijjah ini adalah tarikh
di mana para Jemaah Haji menunaikan rukun haji iaitu wukuf di Padang Arafah.

Antara kelebihan berpuasa pada hari tersebut adalah :

"Daripada Abi Qatadah al- Ansari bahawa Rasullullah saw telah ditanya mengenai puasa 
hari Arafah? Maka jawab Rasullullah saw yang artinya : Dikaffarah (ampun dosa) setahun
lalu dan setahun akan datang.

besarkan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. kiranya dua tahun dosa kita 

akan diampunkan. Ustaz juga ada berpesan andai kita mempunyai sebarang hajat, 
lepas berbuka puasa, boleh tunaikan solat hajat. Mintalah apa yang kita hajatkan.
nak berkahwin, nak dapatkan kerja tetap, nak dapat anak InsyaAllah Allah perkenankan.    

 oleh itu jangan lupa ya Hari Khamis akan datang ni, sama samalah kita berpuasa.

 

-x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...