ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Sunday 29 July 2012

Malaysia ranking ke-34 tahap Kebiadapan di Dunia

 



6 tahun yg lepas, Readers Digest meletakkan Malaysia di dalam ranking ke-33
out of 35 countries yang mempunyai perangai kurang sopan.
tahun ini pl, Readers Digest menyatakan Kuala Lumpur merupakan bandaraya 
ke-34 terbiadap di dunia out of 36 major cities in the world?  
kedua-dua thn ini menjelaskan bhwa Malaysia berada di tempat kedua terakhir utk kategori yg sma
So, What say u? 
mesti ada yang angin kan dengan kenyataan tersebut dan membangkang habis-habisan 
malah ada juga yang sebulat suara bersetuju dengan apa yang diperkatakan.


 

Percanggahan pendapat ini bagi saya sebenarnya disebabkan oleh pengalaman 
individu itu sendiri.
Tak semua orang bernasib baik dalam menerima layanan dari org lain
Ada org menerima layanan buruk dari org lain sehingga meninggalkan 
kesan dlm hidupnya, dan ada juga org yg sepnjang hidupnya belum prnh lg menerima 
layanan buruk dari org lain. Apabila terdapat perbezaan dari segi layanan tersebut, 
maka wujudlah perbezaan tanggapan mengenai isu Biadap ini.   

Sikap buruk ini sebenarnya memang sukar utk dihakis dari sifat seseorg itu,
puncanya adalah kerana mementingkan diri sendiri ; tidak mengendahkan perasaan
org lain. golongan ini sebaik mungkin berusaha untk memastikan diri mereka
berada di dalam zon yang selesa.
Pelbagai situasi yang kita boleh lihat dan dijadikan contoh kpd kurangnya sikap kurang
sopan ini.

1) Di dalam komuter atau bus
prnh berpengalaman beberapa kali sewaktu belajar di UKM dulu. Kemuncaknya adalah 
ketika weekend. Maklumlah ramai yang berhujung minggu dan tidak melepaskan peluang utk 
keluar ke destinasi masing-masing. Bila keadaan sudah terlalu peak, mula hilang kesabaran.
bila komuter berhnti di satu destinasi utk turunkan penumpang, penumpang luar 
bagaikan disampuk menolak-nolak utk masuk. sepatutnya mereka ini memberi peluang 
terlebih dahulu kpd penumpang dlm yang sudah smpi ke destinasinya. kan bhya perbuatan 
menolak nie. tolak-tolak tak memasal kaki tersepit dicelahan landasan. engkau juga yg menangis kan.

itu satu hal, hal duduk dengan senang lenang tanpa menghiraukan warga emas, 
wanita mengandung, kanak-kanak, OKU mcm mane pl? janganla bertindak sebegitu rupa.
that is mean . . .bagilah peluang kpda golongan-golongan ini utk duduk walaupun destinasi 
kita lgi 20 stesyen nak sampai. tak pe, dapat pahala. pahala kan kekal boleh dibawa ke sana, sengal
sendi tu skjp je, tak lama mane pun. paling lama satu hari jerrr . . . ok?

2) Lambat
mcm entri sebelum ini.  kurre-kurre atau si arnab kan dah bagi pengajaran jgn lambat.
Bila kita dah berjanji utk bertemu dengan seseorang, so try to be PUNCTUAL! jgn la 
berjanji pukul 10.30 pagi tapi keluar dari rumah 5 minut sebelum- dah tau KL tu jam, tak
perlu berpura-pura ingt jalan tu akan lengang utk engkau sorg, masa tu walaupun tak 
berharga utk anda, tp masa sgt-sangat dan tersangat berharga bagi org lain . . .ngerti?

3)  Pusat membeli belah
manusia ni diberi paha nak betis. org dah beri kemudahan boleh tolak troli sehingga
ke luar Pusat membeli belah sehingga pl ke kenderaan masing-masing tu dah kira untung,ye.
kemana troli tu anda letak lps menggunakannya? klo dipulangkan semula ke tmptnya, Alhamdulillah.
tapi klo anda letak betul-betul di belakang kereta orang lain ATAU anda sengaja meninggalkan
di petak parking anda memang tidak berhati perut. <=malas nk berckp org mcm ni.

banyak lagilah contoh-contohnya. itu belum sentuh soal di Hospital. kalau tak, takde la Readers Digest keluarkan kenyataan seperti ini,kan. Ucapan terima kasih juga memainkan peranan bsr sebenarnya.
Walaupun hanya dua patah perkataan yg ringkas ttp ia dianggap sangat 
berharga bagi org yg telah menghulurkn bantuan. Terima Kasih - kita terima ape 
yang org berikan dan kita kasih dengan pemberiannya. Kalau Terima Kasih
ini pun kita susah nak ucap, ape lagi sifat-sifat baik yang lain. Betul tak?




So, konklusinya samada hendak setuju bahawa Malaysia memang terdiri daripada
rakyat yang kurang beradap atau tidak? terpulang individu yg menilainya.
Bagi saya, tak semua kot macam tu. ada lagi manusia-manusia yang berhati mulia
dan masih mengamalkan sikap ketimuran. "Jangan disebabkan nila setitik maka rosak
susu  sebelanga,ye"


-x0xo-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...